Zebra Print Pointer 2

Le' Owner

My photo
InsyaAllah, if Allah wills we're meant for each other and Allah bless this relationship, I'm the luckiest human ever :)

anugerah terindah♥



Bila sayangkan seseorang, jangan lepaskan dia! Jangan percaya lepaskan tu adalah satu pengorbanan, tapi berjuanglah demi cinta anda :) 


Alhamdulillah, pada malam yang sungguh dingin angin sepoi-sepoi selepas beberapa abad hati ni tertutup untuk mana-mana lelaki yang tak berperikemanusiaan *cehhh* 31MEI2012 dengan hati yang ikhlas I menerima satu kurniaan daripada Allah. You perlahan-lahan tackle I dengan cara lelaki sejati. Mungkin daripada keihklasan you jugalah hati I terbuka nak terima you. Kalau nak countdown pun sekarang kita baru berapa bulan, tapi dalam masa ni banyak sangat kenangan. Alhamdulillah kita dapat jaga hubungan ni sebagaimana kita menjaga hubungan dengan Allah :) Mungkin I senang nak mengenali you and you pun senang nak mengenali I dengan lebih rapat. I rasa selesa bila dengan you, rasa bangga sebab ada lelaki yang boleh bimbing I dengan agama :)

Haaaa satu hari nanti insyaAllah you akan bawa balik  I kat rumah you kan? Hihihi rasa tak sabar pulak nak jumpa bakal mertua. I tahu oneday "you akan berkata dan I akan mendengar". Time ni mesti ramai orang ada. Ayah I mak I, ayah you mak you, sedara-mara kita, kawan-kawan you, kawan-kawan I, semuuuuua ada. Time ni jugaklah you akan berada di depan tok kadi berjabat tangan, you kene tahu yang I nak kita mulakan hidup baru dengan: 

AKU TERIMA NIKAHNYA

I akan serahkan hati I sepenuhnya pada you. You jangan risau, I akan jaga you :) Masa ni I lah orang yang akan tunggu you dekat depan pintu tunggu you balik dari tempat kerja dengan buat muka comel, wangi-wangi and rumah pun bersih kemas takde sepah-sepah. Bila you tengok mestilah sedap mata memandang kan, tenang damai jeh hati you. I nak jadi wife yang boleh menggembirakan you. Nanti I nak you kongsi masalah you dengan I, insyaAllah I akan faham and boleh tolong apa yang termampu. I takkan rasa terbeban tapi I akan rasa bangga and bahagia kalau I boleh tunaikan tanggungjawab I dengan baik. I nak jadi wife yang gantikan tempat ibu you untuk jaga pakai minum you, jadi teman you, kawan you dan orang yang paling setia dengan you :) Dengan ini, dari hati yang paling dalam dan ikhlas I nak you tahu:


SAYA SAYANGKAN AWAK

You you you, dengar lah ni. I cuma nak bagitahu yang I nak you cakap benda  tu jugak kat I hari-hari. everyday lepas bangun tidur, sebelum tidur. Kalau you tak cakap nanti I tak boleh tidur and tak boleh bangun tidur. Sebab kalau you tak cakap I takut makin lama you makin tak sayangkan I. No matter what kalau you nak cakap I mengada-ngada ke, apa ke I tak kesah sebab I harap you tahu yang I nak hubungan kita ni kekal :) Semua ini akan berlaku selepas kita di ijab kabul nanti insyaAllah :') Aminnnn

Setiap hubungan mesti ada pergaduhan kan? Tapi kalau kita bergaduh macam mana sekali pun nanti I nak kita settlekan baik-baik, selidik dulu apa yang patut, masa tu I nak you pandang mata I dalam-dalam sebab you kene tahu masa tu I terlalu sayangkan you dan I nak you sentiasa ada dengan I. Bila you sedih I tak nak you sedih sorang-sorang, mungkin I boleh peluk you dan masa tu I akan bisik "you sentiasa ada dalam hati I". I tak nak you pergi, kalau you pergi bermakna you bawa senyuman I sekali pergi. I nak kita sentiasa bahagia.

Haaaa you you you, I ada cerita ni. You selalu panggil I cikgu and I pun kadang-kadang suka panggil you anak murid kan? You kata I pandai mengajar sebab tu lah I ni cikgu favourite you *awww bangganya* Hihi okay macam nih cerita dia:

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada cikgu favouritenya. Masa tu cikgu sedang mengajar mengenai kasih sayang. 
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Dan macam mana kasih sayang tu nak berkekalan? 
Cikgu : Okay, awak ikut apa yang cikgu suruh. Awak pergi padang, awak jalan dekat atas rumput tu sambil tengok rumput yang ada di depan awak. Awak pilih rumput yang paling sempurna tapi jangan sesekali menoleh kebelakang lagi. Kalau dah pilih nanti, bawa balik ke kelas.
Apabila murid tu balik ke kelas, takde sehelai rumput pun yang ada kat tangan dia. Cikgu bertanya kenapa takde rumput yang awak pilih?
Pelajar : Tadi masa berjalan, saya carilah. Memang ada banyak tapi cikgu kata cari yang paling sempurna. Jadi saya pun terus jalan ke depan. Tapi bila dah sampai kat hujung padang, takde satu pun yang paling sempurna. Mungkin ada diantara yang belakang tadi tapi dah cikgu cakap tak boleh kebelakang jadi takde lah rumput yang saya boleh petik. 
Cikgu : Haaa, itulah jawapannya. Maknanya bila kita berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah cari yang lebih baik daripada dia. Kita patut hargai orang yang ada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kenangkan yang lepas kerana apa yang berlaku tetap dah berlaku. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling baik dan paling sempurna. 

Daripada cerita ni, I tahu lelaki mesti teringin perempuan yang sempurna macam bidadari syurga, tapi takpe lah kalau boleh I nak jadi bidadari dunia yang selalu temankan you :) Masa ni you segalanya bagi I, I akan hargai you dan hormati you sebaiknya. Kasih sayang kita lahir dari masing-masing, I nak kita cari keredhaan Allah, I tak nak dorongan nafsu semata- mata. 

                                                     AKHIRAT YANG LEBIH BESAR DAN UTAMA

Dengan adanya kurniaan yang Allah bagi kat I ni, I sentiasa berdoa kita akan tetap saling menyayangi dan melindungi satu sama lain. Aminnnnn :)

I will Stay

Assalamualaikum. Good morn noon vening night mid.
Syamim Bukhari, alhamdulillah we together now :) Let you know, I really really love our relationship. Seriously I dont know why but I cant describe too much here, hahaha maybe I'll cry. Hmmm but I really hope this. REALLY HOPE.



  ya Allah,  
   kau satukanlah hatiku   
   dengan hatinya   
"Andai kau adalah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hati aku dan juga hatimu. Itu janji Allah."



I remember every word you said and we deal with it. You and I, really really want to be together until getting old, getting fat, no more hair on the middle of the head hahaha thats youuuuuu! xD Everything yang I harapkan dengan hubungan kita ni ada dalam hati, sangat dalam. You terlalu baik untuk I, sehinggakan I selalu takut and terfikir yang I takkan jumpa lagi lelaki macam you. Im sorry for everything. Syamim I hope you'll feel the same. Please. Ada jodoh insyaAllah kita jumpa lagi :) Jaga diri, paling penting jaga iman :')

Hoping and loving this forever,